Friday, 26 August 2011

Hantar makanan A.K.A Sedekah

 Ni tengah tunggu azan nak bukak puasa. Pastu tadi tengah sedap2 on9 Fesbuk.. Mak aku suruh hantar makanan kat rumah sebelah. Hummmm dari kecik sampai dah besa cam ni mak aku sik suruh aku je gi anta makanan kat jiran.. Ce cube suruh bapak aku k abang aku ke???? Hahaha bukan mengeluh tap saje bagi cadangan je.. Tiap tahun aku je yang hantar mana tau .. Pak Cik and Mak Cik tu dah bosan negok muka aku kot.. Yang lagi satu jiran aku ni aku dah anggap macam mak aku sendiri.. HAhahaha disebebkan rumah kami sekangkang kera je.. So dengan rasa senang hatinya kalau mak cik tu nak bagi kami juadah .. Just panggil name aku lebeh kurang macam ni.. " ADDEEEEEEEEEEEEEEEKKKK"!!!! dalam 2 minit aku dah kuar rumah and terpacak depan tangga umah mak cik tu .. Dengan senyuman yang agak LEBAR.. hahaha sape tak nak makanan beb??? free lak tu gua cakap sama lu mak cik ni masak sedap.. Paling sedap and mak aku tak leh kalahkan adalah Mee Udang... Sodap hingga mejilot jari plus siku... Sesedap sangat sampai aku mengidam kadang2.. Ape susuah kalau mengidam aku mintak je kat mak cik tu nescaya dia buatkan.. Tapi suatu hari nanti aku nak berlajo la masak Mee Udang tu.. Ti aku send kat korang.. Tak pun aku bukak kedai Korang datang la (beragan jap)..Sedapnye mee udang...

Berbalik kepada tajuk entri  aku.. Ape ye ?? dah lupa  owh SEDEKAH.... 

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya.
Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,
Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”  (al-Baqarah:271)
~ Aku copy n paste je.. tp aku bce dlu tau. Cikgu ICT aku tak suka anak murid beliau copy n paste .. Tapi sebab ni sebab tengah cuti aku menguna segala kuasa veto aku nak mengcopy and paste... hahahaha... aku berkuasa mutlak kat blog aku... (Cikgu jangat marah tau)~

Mana kita sampai tadi.. Owh sedekah... Bulan2 puasa ni banyak pahala boleh kita collect tapi.... pahala pun senang kurang.. Hemmm pandai nak bajet pahala gan puasa kasi balance .. Wakakakaka... Aku pun x tau macam ane nak wat .... Bla lu .. nak hantar makanan kat kucin lak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...