Noktah Di Liang
Di sudut itu aku terbaring kaku
Sikit demi sedikit tanah melitupi tubuh ku
Kini wajah ku menghadap dinding tanah
Berlantaikan tanah
Berlangitkan tanah
Serba serbi tanah
Sayup talkin dibacakan
Sayup jua ku dengarkan titisan air mata mereka
Dulu jika aku ketakutan pasti ada keringat keluar
Kini tiada keringat yang keluar
Bumbungku disiaram dengan air mawar
Bumbungku disiaram dengan air mawar
Kini ku tinggal sendirian di liang ini
Noktah hidupku telah tamat
Aku yang dulunya tanah kembali ke tanah jua
Menanti masa memamah tubuhku
Alam barzah destinasi seterusnya
Selamat Tinggal Dunia
Testing sastera sikit.. Rupa2 x da bakat kan.. (^__^)V
Sory la membuat masa kamu orang tebasir begitu sahaja...
3 comments:
salam;
kira warkah dari si matilah ni..
Errr...
hahaha.. acah je buat nukilan mcm ni.. x sangke x berbakat lak...
Post a Comment