Wednesday, 30 November 2011

PenghijranKu Yang Paling Besar

Assalamualaikumm..

Macam ni ke rasa bila dah tamat zaman persekolah.. Tak sampai 24 jam dah bosan tahap gaban.. Mata mengatok tapi hati kata  JANGAN TIDO ..
Ku dapat rasa mata ni dah mula sembab. Mata eden ni dah le macam ala-ala anak cina ada lamacam mata Mr. David Teo ok bukan Mr David Arumugam k!!! Mesti cepiot je nampak anak mata esok..  Tapi ni tengah takut la Jika kalau ini adalah insomnia Errrr jangan jadi insomnia sudah le..
Waduh x2 
Semua orang dah tido tinggal eden sorang tepringa-pinga depan PC... 

Mata sembab dah macam benda

Owh macam melalut lak mukadimah eden pada malam ni.. Hihihi tu la dah lama tak menekan punat-punat dekat keyboard ni yang jauh di mata tetapi sentiasa ada dihati masa dalam dewan periksaan .. 

Pe kejadah edennya mukadimah tak abis2??? Ok straight to the point. Sebanarnyakan PENGHIJRAHAN eden maksudkan adalah eden nak ikot duduk dengan akak den kat bando nuuuun... Tapi yang eden muskil ni semua orang macam tak percaya yang den nak try hidup berdikari ..Tapi hawatnya depa orang tak bagi sokong moral langsung... Mak gan ayah eden tanya banyak kali kat eden betul k nak duduk dengan my sis.. Hiiiii enden punya semangat dah berkobar-kobar dah nekat nak keluar dari KERATONG ni.. Tu eden say PENGHIJRAHAN .. jauh tu dari Keratong ke Selangor memakan beratus KM ...  Semua sebab pengaruh rakan sebaya le .,.Nanti kalau terperok kat Keratong ni kengkawan den cakap nanti lama2 jadi katak bawah tempurung,, Tu la kena wat penghijran paling tidak dapat pengalaman baru buat bekalan melangkah jadi pelajar U lak k kalau ada rezeki... HIHIHI.. Ikot hati eden nak leak je kat rumah jaga mak ayah .Tapi tu la kalau eden dok kat umah pun bukan eden jaga mak ayah silap hari bulan depa orang jaga den pulak.. Maklum la eden sorang je anak yang tinggal kat umah ni.. Mesti depa orang menatang den macam menatang minyak yang penuh yerrr dak? Mana ada mak tak sayang anak??? Mana ada ayah tak kasih anak ??? HUhuhu dalam nak berdikari ni kan .. Eden berat hati nak tinggalkan My MOM and Dad.. Tapi kan biar la my mom and dad rest dulu.. Yela umur 64 tahun kena lagi hantar den gi sekolah tiap2 hari tak kira panas ke hujan men redah je my dad tu.. Kadang2 sampai demam,, Tu la orang cakap jasa ayah bawa sampai mati.. Nak tinggal mak bapak kat berdua diusia tua mereka buat hati den berbelah bagi.. Tapi depa orang dah merestui kehendak diri eden ni.. Taku eden je tak tahan jauh dari mak den. Maklum la dari bayi sampai umur 17 tak pernah nak berjauhan.. Hummm Sob sob sob ,,..
Tawakal je harap2 tahan la... Nantikan Jannah tak dapat dah Update blog macam selalu .. Ntah la blog ni akan dibukak bila tahun pulak.. Waduh x3 macam besar sangat pengorbanan ni tehadap diri jannah..
Sory la Terasa panjang lak entri kali ni... Sedihnya nak tinggalkan alam blogger.. Tapi kan Jannah still boleh online sampai 13/12/2011.. Lepas tu terputus la hubungan diri ini dengan internet.. Sedihnyerrrrrrr Nak nagis jap.. Ok la nak lap air mata jap.. Tatatatititututu Macam over lak ayat Jannah ni,,,

saya suka tengok batman,sudah baca sila komen

3 comments:

acik teyha said...

cepat2 la gi selangor tu..hahaha

JaNnaH said...

Halau k ape???? ceh....sob sob sob

KizZ said...

berhijrah ke selangor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...