Tuesday 24 July 2012

Bebelan: Sahabat

Kehadapan bloggers aku harap ang pa semua in pink health with your family semasa menjalankan ibadah puasa (terhad kepada yang puasa jerrrr) semoga hari2 kita berjalan denga sempurna ..Amennnn(menadah tangan kesukuran aku masih bernafas.. ang pa pun tgah mehirup udarakan)
 Aku dah beli majalah bumper pose ujang.. Best la jugak dah lame tak beli sejak edesi merdeka tahun 2007.. Kahkahkah....
 eceh ada gaya macam tulis surat plak tak rasmi ..straight to the point tak nak belok-belok la penat bulan  puasa ni,, tapi aku ni dah nak start syok sendiri kalau ada rasa muak and nak termuntah dan tak mampu meneruskan baca entri terbentang luas lautan kepahaman aku lebarkan... Sila la ke tempat lain
See ikan merapu kerapu dah keluar,,, Dinasihatkan ambik pilihan bijak..
Suratan dan takdir tak dapat kita sangkal lagi .. Aku terasa baru sepurnama meninggalkan zaman tersebut bersama-sama kenangan lama.. Indah tak terungkap dengan kata-kata tak tertulis dengan perkataan itu yang dapat digambarkan.. Ekceli dah bertahun lamanya sekolah tadika kemas tu aku tinggalkan tapi.... Macam mana la boleh teringat masa zaman seketul jagung tu dulu...

Sahabat .. ??? Orang paling rapat selain daripada keluarga.. Hummm kawan dengan sahabat benda yang beze.. tak tau plak celah mana yang bezanya..

Ok cukup situ agenda aku menaip entri ni khas buat seorang yang aku rindui yang jauh dimata tapi tak dekat dihati. Hahahaha
Okey mula mengenali dia start dari tadika... Tapi guwa tak kacip sama dia malah guwa dengan segala hormatnya anti sama dia... Dia ada kedai, opss sory kedai family dia... mak aku selalu singgah nak beli barang... Dari situ kenal dia seorang yang cute.. suka nages .. manja sengal ... ambik ko aku kalau judge orang memang tak ingat dunia tapi akhirat tu ingat la jugak...

Tapi dah berzaman berlalu kami ditemukan lagi sekali dekat SMK BANTURA
Ecehh time ni tak sangka plak dapat satu kelas bersaksi 30 murid yang lain dengan kearkaban kami.. Tak sangka persahabatan kami kekal sampai form 5... Lama tu 5 tahun melalui liku luku yang beranjau... Adakala aku jatuh gedebuk... Die bagi semangat tambahan pula die sorang yang kuat semangat  tak penah dengar keluh kesah beliau .. Mantap giler die menusuri kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah.. tak pernah poteng melainkan ada MC lain la macam aku.. Pantang ada subjek yang tak bekenan dengan jiwa raga, limpa, hempedu, usus kecik, usus beso  mula la pening kepala ,sakit perot dan lain-lain lagi ini semua atas dasar penyakit malas...
Aku yang duduk sebelah die lebih 3 tahun sikit-sikit boleh paham peragai die. 
Haaa tibe teringat zaman gi sekolah naik bas... Memang gempak giler dua orang yang tak berapa nak cun.. Aku dengan die jerr dari kelas sama dalam bas tu walau kuantiti kami sedikit tak membataskan kami untuk berfoya-foya dalam bas.. tahap angan-angan jadi princess kowt. Berapa lagu kami dendangkan pergi dan balik tanpa bayaran pakej gitu.. Ingat lagu HUJAN Bila Aku Sudah Tiada.. Tu rasa lagu first kami berjinak-jinak dengan kerja yang tak bebayar tu. Kami kadang benggang dengan bas yang kami naik.. Mana taknya banyak kelemahan yang pihak pengusaha syarikat atasi.. Bayangkan kami terpaksa mendaki bukit sebab bas tak larat naik bukit.. lawak jerr ada satu masa tayar bas hampir tercabut.. nasib drive dapat kesan sebelum terlambat  lepas tu kena tompang bas lain.. wat sengan kami jerrr.

Sikap dia yang pandai menesuaikan diri dalam mana-mana keadaan buat aku dengan dia jadi gila-gila kalau bersua muka..

Normadiana bt MD Saad mantan timbalan presiden kelab Pebimbing Rakan Sebaya.. Gilerrr aku rindu ko siot... Ko sekarang dekat menara gading.. Aku dengar penat ekkk panjat tangga UiTM Shah Alam..
Berat gak aku dengar ko ambik asasi sains.. hihihihi sekarang aku tak dapat temankan ang dah.
Doa aku jadi penganti diri.. Aku harap ko berjaya dalam cita-cita ang...


Madi lemah dengan kemere... So konklusi gambar diatas aku pakai baju pink beliau pkai tudung sekolah ang bakal jad Doktor kowt.... Madiana ni budak yang rajin stay kat sekolah.. Tapi banyak kebaikan stay kat sekolah sebab tak terdedaah dengan hasutan luar... Hihihihi



Ko sahabat aku dunia akhirat madi..

Sedikit bingkisan dari utube... Tabik spring guwa sama lu..

Dari PMR sampai SPM straight A...
Ngok video ni pun aku boleh lagi terkesima .. Ayat yang keluar macam dari skrip tapi sebenarnya spontan jerr tu... 
Akhir kalam, saya Siti Nor Jannah mengharapakan cik Normadiana pangilan manja kucing cik Madi akan terus sukses dalam hidup dia dan dapat berbakti pada nusa bangsa dan negara..(tibe patriotik plak)
kenangku dalam doamu
Ni kalau post kat fb pun dia tak pasan.. Busy katakan...
P/S: Tunggu entri perihal musuh den plak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...