Wednesday 24 August 2011

Kanser Usus A.K.A Kanser Kolorektal

Assalamualaikum..
Hari Qi merana sangat kat sekolah.. Tibe2 badan Qi jadi sejuk sangat.. Qi tau ni mst sebab pagi tadi.. Urgh~ Qi tak tau la. Ni ujian atau .....
Kesakitan Qi sakit sangat name pun sakit.. Masa pertama PAI.. Start tu Qi rasa kesakitan amat sangat .. Tengkuk Qi rasa panas. Kuku tangan Qi rasam macam dalam peti ais.. Sejuk sangat.. Qi mengerang sakit tapi dalam hati..Ha sejak peristiwa pagi tadi .. Qi trauma . Qi asyik fikir mati..

Dari pagi tadi Qi ingat ni..

 
KASER USUS

Merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan  penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Qi takut kanser usus!!!! Takot sangat..
TANDA-TANDA KASER USUS
  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.
  5. Berat badan turun mendadak.
  6. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. 
Qi takut nak jumpa doktor.. Qi takut nanti kalau positif.. macam mane??? Qi nak SPM.. macam mane lak ayah dengan mak Qi nak tanggung Qi.. Dieorang peneroka je.. Gaji tak samapai dua ribu.. Kalau betul Qi sakit nanti kena bayar bil hospital ..Sian ayah gan mak Qi ..Ayah Qi dah tua.. Qi sian denga ayah Qi..
KEUPAYAAN DISERANG KANSER USUS???

Risiko anda semakin tinggi jika: Terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus. Anda pernah menghidap penyakit radang usus iaitu kolitis ulser atau kolitis Crohn lebih daripada lapan tahun. Jika anda berusia 50 tahun ke atas risiko diserang kanser amat tinggi.

Qi umur baru 17 tahun...Qi tak nak mati lagi.. 
di kesempatan bulan baik ni.. Qi nak mintak maaf kat semua orang.. Cik y terutama..Entri dulu .. Qi ikot perasaan . Mintak maaf sangat.. Qi maafkan apa Cik y kat Qi.. Qi redha.. Qi tak kisah.. Qi sayang je Cik y cam Qi sayang kawan lain2.. En z.. Jgn nak lage2 kan kami.. K.. Qi dah buang yang keruh ambik yang jernih.. Umur Qi pun tak tau sampai mane.. Tau bila lagi nak mintak maaf.. Huuuuuuuuuuuu..Qi susun 10 jari Qi mintak maaf kat semua orang yang Qi lakukan dosa tanpa segaja atau tidak.. Qi betul mintak maaf.. Maafkan Qi tau..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...